YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan bersama Encik Che Samsuzuki bin Che Noh, Pengarah JKMWPKL menyertai operasi bagi menyelamatkan orang papa yang dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur malam ini.
Operasi bersepadu ini turut dijayakan bersama agensi-agensi penguatkuasaan KL Strike Force yang terdiri daripada JKM, PDRM, JWP, JIM, DBKL, AADK dan Alam Flora.
Seramai 113 orang papa telah diambil dan disaring untuk tindakan agensi-agensi berkaitan semasa operasi ini dan seramai 37 orang telah dibawa menyertai Program Pemantapan Kendiri di Akademi Kecemerlangan Minda dan Fizikal (AKAL) Gemencheh, Negeri Sembilan.