Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


BANDAR RAYA SIFAR SISA 2040

YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menyempurnakan satu pelancaran Pelan Hala Tuju Kuala Lumpur Ke Arah Sifar Sisa 2040 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), satu inisiatif strategik jangka panjang bagi memperkukuh usaha pengurusan sisa pepejal secara menyeluruh dan mampan di ibu kota yang berlangsung di Auditorium Bandaraya, Menara DBKL 1.

Pelaksanaan pelan ini turut mendukung nilai-nilai teras Malaysia MADANI, di samping menyokong matlamat Pelan Hala Tuju Bandar CHASE yang menekankan aspek kesejahteraan, kelestarian dan daya tahan bandar. Selain, menyokong agenda global yang mempromosikan pendekatan sifar sisa serta amalan pengeluaran dan penggunaan yang lestari di bandar-bandar seluruh dunia.

Turut hadir YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Dr Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YB Ts. Zahir bin Hassan, Ahli Parlimen Wangsa Maju, YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, pengurusan tertinggi DBKL dan JWP serta ketua-ketua jabatan dalaman DBKL.