“Biasanya penahanan dilakukan pada hari Jumaat petang. Berat sesuatu kategori kesalahan lazimnya dapat diketahui melalui jenis makanan yang dihidangkan. Penahanan dalam tempoh masa tertentu memberikan kesan yang menekan kepada mental secara psikologinya.”
Perkara tersebut dikongsikan semasa sesi De-Brief melalui Refleksi Integriti sebagai peringatan kepada para peserta agar menjauhkan diri dari terlibat dalam kesalahan rasuah dan integriti.
Program Pengukuhan dan Pembudayaan Integriti JWP Siri 2 dianjurkan pada hari ini disertai seramai 40 orang peserta warga JWP. Program bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari di Tepian Tasik, Taman Botani Putrajaya.
Program berkonsepkan aktiviti outdoor dikendalikan oleh barisan fasilitator berpengalaman merangkumi aktiviti seperti Hurricane, Mini Amazing Race dan Flying Ball bertujuan membina kerjasama berpasukan dan penghayatan integriti dalam tugasan.
Semoga peserta-peserta yang terlibat dapat mengaplikasikan segala pengajaran yang dapat diambil melalui aktiviti yang dilakukan harini iaitu keberhasilan kerja bukan sekadar dinilai apabila selesainya sesuatu tugasan tetapi harus menepati standard dan piawaian yang ditetapkan agar manfaat kepada rakyat dapat ditingkatkan.