Delegasi Jabatan Wilayah Persekutuan diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan bersama YBhg. Dato’ TPr Fadlun Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya dan YBrs. Tuan Mohd Sukuran Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan telah mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Bandaraya Miri yang telah disambut oleh YB Tuan Haji Cr Ariffin bin Mohamad, Timbalan Datuk Bandar Miri hari ini.
Kunjungan hormat ini adalah bagi menjemput Majlis Bandaraya Miri untuk menjayakan Borneo Flora Festival @ Labuan 2025 yang akan diadakan pada 26 - 30 Julai 2025 di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Wilayah Persekutuan Labuan.