Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MENGUKUHKAN JALINAN SERANTAU, MEMPERKASA WARISAN FLORA

Kunjungan hormat ke atas Yang Mulia Hajah Tutiaty Abdul Wahab, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama & Pelancongan baru-baru ini, telah membuka lembaran baru dalam memperkenalkan Borneo Flora Festival@Labuan 2025 kepada Brunei Darussalam.  

Dengan semangat keterangkuman dan kolaborasi serantau, kami mengalu-alukan penyertaan Brunei Darussalam dalam BFF 2025 yang bakal memperkayakan festival ini dengan keunikan biodiversiti dan budaya serumpun.  

Delegasi turut membentangkan cadangan reka bentuk Laman Brunei – Rawdhah An-Nur, yang bermaksud “Taman Cahaya” menggambarkan taman yang memancarkan ketenangan dan warisan Islam Brunei yang dijangka mampu menjadikannya antara daya tarikan utama festival.  

Pihak Brunei memberikan maklum balas positif dengan perbincangan dan cadangan yang dibentangkan tersebut.