Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BFF@LABUAN 2025

YBhg. Datuk Seri Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Borneo Floral Festival@Labuan 2025 pada 9 Mei 2025 di Perbadanan Labuan.

Mesyuarat ini bertujuan bagi membincangkan status persediaan dan kemajuan kerja bagi setiap jawatankuasa pelaksana yang ditubuhkan. Mesyuarat turut membincangkan isu-isu dan masalah yang dihadapi serta merangka strategi dan tindakan yang sesuai bagi memastikan penganjuran festival ini mencapai matlamatnya.

YBhg. Datuk Seri Ketua Pengarah telah menekankan betapa pentingkan aspek kerjasama dan komitmen serta perancangan yang teliti dari semua pihak untuk berusaha keras bagi menjayakan festival yang julung-julung kalinya diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan.

YBhg. Datuk Seri Ketua Pengarah mengharapkan agar penganjuran festival ini berupaya menjadi loncatan kepada pertumbuhan ekonomi khususnya sektor pelancongan di Wilayah Persekutuan Labuan demi kesejahteraan rakyat.

Turut hadir YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan, YBrs. Tuan Mohd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan dan wakil-wakil dari Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.