Mesyuarat Hala Tuju Perternakan Ayam yang telah diadakan pada 8 Mei yang lepas bertujuan untuk memantau industri ternakan ayam sedia ada dan merangka hala tuju seterusnya bagi mengatasi isu kekurangan bekalan ayam daging dan ayam telur di Wilayah Persekutuan Labuan.
Inisiatif ini dijangka akan dapat memastikan kesinambungan bekalan makanan negara pada setiap masa, khususnya dalam menghadapi situasi di luar jangkaan.