Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MEMBUKA JARINGAN, MENGEMBANGKAN EKOSISTEM FLORA

Kunjungan hormat ke atas Yang Mulia Hajah Martinah binti Haji Tamit, Pengarah Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, telah menjadi langkah penting dalam memperkenalkan Borneo Flora Festival@Labuan 2025 kepada pihak berkuasa alam sekitar Brunei Darussalam.
Dalam pertemuan ini, kami mengalu-alukan penyertaan Brunei Darussalam dalam BFF 2025, menjadikan festival ini lebih meriah dengan kehadiran antarabangsa serta memperkukuhkan hubungan serantau dalam pemeliharaan biodiversiti dan ekosistem hijau.
Kunjungan hormat pada 6 Mei 2025 ini diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Fadlun bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya serta YBrs. Tuan Mohd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan.