Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MEMPERKENALKAN BFF 2025 KEPADA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Bandar Seri Begawan, [5 Mei 2025] – Networking Session Jabatan Wilayah Persekutuan dan Sekretariat Induk Borneo Flora Festival (BFF) 2025 bersama media, influencer dan agent pelancongan negara Brunei Darussalam dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala serta mempromosikan Borneo Flora Festival 2025 @ Labuan kepada warga Brunei Darussalam. 

Networking session di Bandar Seri Begawan ini turut dihadiri oleh wakil Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam dan juga Persatuan Penjaja Brunei. YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan yang mengetuai delegasi dari Wilayah Persekutuan mempromosikan BFF@Labuan 2025 yang bukan sahaja dapat mengetengahkan keunikan biodiversiti dan florikultur di rantau Borneo, tetapi juga bertindak sebagai platform memperkukuhkan jaringan pelancongan serantau, khususnya antara Labuan dan Brunei.

BFF@Labuan 2025, yang dijadual berlangsung di WP Labuan dari 26 hingga 30 Julai 2025, bakal menampilkan pelbagai acara utama termasuk fun run, pameran flora eksotik, pertandingan landskap, bengkel mencanting batik, bengkel mengubah bunga dan persembahan budaya. Festival ini juga mensasarkan seramai 50,000 pengunjung dari dalam dan luar negara, terutamanya warga Brunei, yang berkongsi sejarah dan ekosistem yang sama dengan pulau Labuan.

Delegasi Malaysia menzahirkan penghargaan atas sambutan mesra pihak Kerajaan Brunei dan berharap lebih ramai warga Brunei akan turut serta dalam festival yang dijangka menjadi acara hortikultur terbesar di Borneo tahun ini.