Pada 5 Mei 2025, YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan bersama YBhg. Dato' TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Presiden PPj & YBrs. Tuan Mohd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif PL telah mengadakan sesi perjumpaan yang bermakna dengan Tuan Yang Terutama Datuk Mohd Aini Atan, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam.
Perbincangan ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan 🌺 Borneo Flora Festival@Labuan 2025 🌺—satu acara yang akan mengangkat keunikan flora Borneo serta memperkukuh hubungan serantau dalam ekopelancongan!
Mari bersama-sama menantikan festival ini yang bakal memeriahkan Labuan dengan keindahan alam dan kebudayaan!
#BorneoFloraFestival2025 #Labuan #MalaysiaBrunei #FloraBorneo