Utama »
Program Terkini
» CADANGAN KERJASAMA STRATEGIK ANTARA MAXIS SDN BHD DENGAN JWP MELALUI PELAKSANAAN PUJI
CADANGAN KERJASAMA STRATEGIK ANTARA MAXIS SDN BHD DENGAN JWP MELALUI PELAKSANAAN PUJI
05 Mei 2025
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perancangan usaha sama antara JWP dan Maxis Sdn Bhd bagi program-program pendayaupayaan dan penjanaan pendapatan berimpak tinggi di bawah tanggungjawab sosial korporat untuk menyokong inisiatif-inisiatif JWP di Wilayah Persekutuan selari dengan pelaksanaan dasar Ekonomi MADANI.
Mesyuarat ini juga turut membincangkan inisiatif lain di bawah Program Usaha Jaya Insan (PUJI) yang sesuai untuk dilaksanakan kepada semua rakyat Wilayah Persekutuan khususnya golongan B40, pelajar sekolah dan para usahawan mikro bagi meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat Wilayah Persekutuan.