YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan merasmikan Program Sukarelawan Borneo Flora Festival di Tapak Semaian Pulau Buah pagi ini. Hadir menyerikan program iaitu Nadeera yang baru sahaja diumumkan sebagai Duta Rasmi Borneo Flora Festival @ Labuan 2025.
YBhg. Datuk Seri menekankan bahawa Borneo Flora Festival @ Labuan 2025 ini adalah kerjasama strategik dengan pelbagai rakan-rakan agensi.
Kejayaan Borneo Flora Festival ini pada 26-30 Julai 2025 ini adalah semestinya kejayaan semua yang terlibat di belakang tabir sejak awal lagi, termasuklah adik-adik sukarelawan hari ini.
Program Sukarelawan ini membantu dalam penyemaian dan penanaman 200,000 tanaman bunga semusim sempena Borneo Flora Festival @ Labuan 2025 nanti.
Turut hadir, YBhg. Dato’ TPr Fadlun Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya, YBrs. Encik Mohd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, YBrs. Encik Mohd Sobri Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha KPN dan pegawai-pegawai kanan agensi di Labuan.
Jom kita ber-BFF! 🫶🏼