SAMBUTAN HARI PEKERJA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025
01 Mei 2025
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah menyempurnakan Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini. Sambutan ini dihadiri oleh lebih 10,000 orang warga pekerja merangkumi sektor awam dan swasta termasuk Kontinjen Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang turut memeriahkan sambutan ini.
Dengan bertemakan ‘Pekerja Kesuma Bangsa’, sambutan tahun ini menzahirkan pengiktirafan atas peranan penting pekerja sebagai tulang belakang negara serta pelaksana utama aspirasi kemampanan, keadilan dan kesejahteraan.