YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan menerima kunjungan hormat delegasi Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) diketuai oleh Encik Noor Hisyam bin Roslee, Pengarah Bahagian Dasar dan Strategik AKM, Encik Faizal Iqram bin Ibeni Yanin, Pengarah AKM Wilayah Persekutuan dan Encik Mohd Faizul bin Mohd Toff, Penolong Pengarah Kanan AKM Wilayah Persekutuan di Menara Seri Wilayah hari ini.
Hadir sama, YBhg. Dato' Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) JWP dan pegawai-pegawai kanan JWP.