Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MERAIKAN SYAWAL TERAKHIR BERSAMA RAKAN-RAKAN MEDIA

YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan menyantuni ketua-ketua pengarang dan rakan-rakan media dalam program Semarak Aidiliftri anjuran Jabatan Wilayah Persekutuan semalam. 

Majlis ini merupakan platform untuk mengeratkan ukhuwwah bersama rakan-rakan media sekaligus merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas dedikasi dan komitmen mereka dalam melapor, menjelaskan dan memaknakan setiap dasar serta inisiatif Kerajaan, khususnya di Wilayah Persekutuan.

Peranan media hari ini melangkaui tugas, hanya sebagai pelapor berita, malah merupakan rakan strategik bagi Kerajaan, juga sebagai penghubung dan jambatan di antara Kerajaan dan rakyat, dengan membina naratif yang mencorakkan kefahaman rakyat dan masyarakat. 

Turut hadir, YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) JWP, YBrs. Encik Mohd Sukuran Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, pegawai-pegawai kanan JWP dan agensi.