KESINAMBUNGAN LIMPAHAN INISIATIF MADANI: KAMPUNG JERANTUT FERI KINI DIANGKAT KAMPUNG ANGKAT MADANI JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN
27 April 2025
YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan mengumumkan pemilihan Kampung Jerantut Feri, Jerantut sebagai Kampung Angkat MADANI Jabatan Wilayah Persekutuan menerusi Program Temu Mesra Kampung Angkat MADANI di Kampung Jerantut Feri semalam yang memberi limpahan manfaat kepada 4,000 penduduk kampung berkenaan.
Melalui KAM ini, lebih banyak projek naik taraf akan dilaksanakan seperti penyelenggaraan dan naik taraf jalan kampung, balai raya, dewan orang ramai, gelanggang, padang futsal dan taman permainan serta pemasangan lampu jalan dan lain-lain sumbangan peralatan bagi masjid, surau dan sekolah termasuk pembinaan dan naik taraf ruang menunggu pelajar sekolah.
Program temu mesra yang diadakan semalam juga menjadi tempat pertemuan anak-anak perantauan yang datang menjamu pelbagai juadah hari raya yang disediakan sendiri secara gotong royong melibatkan JWP, JPKK, Jawatankuasa Masjid & KRT Jerantut Feri, serta Alumni SK Pedah.
Turut hadir, YBhg. Dato' Shahruddin bin Jali, Pegawai Daerah Jerantut dan Yang Dipertua Majlis Daerah Jerantut, Encik Mohd Khasri Abdullah, Setiausaha Majlis Daerah Jerantut, Puan Arfah binti Ahmad Robangi, Ketua Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah Jerantut, Encik Mohd Rosmizal Bin Mat Lia, Tok 4 merangkap Pengerusi JPKK Kampung Jerantut Feri dan Encik Mohd Ramli bin Jaafar YDP PIBG SK Pedah.