BENGKEL KAJIAN SEPARUH PENGGAL PELAN TINDAKAN EKONOMI DIGITAL WILAYAH PERSEKUTUAN 2030
25 April 2025
YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan telah menyempurnakan penutupan Mesyuarat Kerja Kajian Separuh Penggal Pelan Tindakan Ekonomi Digital Wilayah Persekutuan (PTEDWP) 2030 yang telah berlangsung selama tiga hari melibatkan empat agensi JWP iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj), Perbadanan Labuan (PL) dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PPTG) serta Bahagian Perbandaran dan Khidmat Teknikal, JWP dan Bahagian Pengurusan Maklumat, JWP sebagai urusetia bengkel.
Pelan digubal bagi menyokong transformasi digital menyeluruh yang mampu memacu daya saing Wilayah Persekutuan di peringkat global menjelang 2030. Fokus utama pelaksanaan akan turut mengambil kira aspirasi baharu dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (2026–2030), inisiatif MySmart Wilayah 2030, Blueprint Bandar Pintar Wilayah Persekutuan, serta Lima Teras Visi CHASE City.
Menurut YBhg. Dato’, kejayaan pelaksanaan PTEDWP 2030 amat bergantung kepada komitmen dan kerjasama semua pihak berkepentingan. Diharapkan inisiatif ini dapat terus memperkukuh infrastruktur digital, memperluas literasi teknologi dan peluang ekonomi digital di Wilayah Persekutuan.