Terima kasih ramai-ramai datang beraya dengan kita 😍✨
YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan dan Tuan Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyampaikan sumbangan RM200 kepada 500 warga kota yang tidak berkemampuan hari ini dalam program Semarak Aidilfitri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Di bulan Syawal yang mulia ini, golongan yang kurang berkemampuan juga sentiasa tidak dilupakan dan terus disantuni.