Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


PERKASA TATAKELOLA DAN INTEGRITI

YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah merasmikan Seminar Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) di Dewan Serbaguna, Menara Seri Wilayah pagi ini.

Seminar ini merupakan platform yang mencerminkan komitmen kerajaan dalam usaha memperkukuh keberkesanan penyampaian tadbir urus yang baik malah sebagai manifestasi pihak kerajaan bagi menyemai jiwa membenci rasuah dalam kalangan penjawat awam yang sekian lama menjadi barah.

Turut hadir, YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Azmi Kamaruzaman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ketua-ketua agensi dan pegawai-pegawai kanan JWP dan Agensi.