Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


LAWATAN KERJA JWP KE HALAL DEVELOPMENT CORPORATION BERHAD (HDC)

Satu lawatan kerja Jabatan Wilayah Persekutuan ke Halal Development Corporation Berhad (HDC) diketuai oleh YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) JWP serta pegawai-pegawai JWP, DBKL, PPj dan PL telah diadakan bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai pembangunan ekosistem halal negara dan cadangan inisiatif pembentukan Majlis Pembangunan Ekonomi Halal dan pembangunan Pelan Pembangunan Industri Halal di peringkat kerajaan Negeri. Lawatan JWP ini telah disambut oleh YBrs. Encik Hairol Ariffien Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif HDC.
JWP menyambut baik cadangan inisiatif ini bagi menggalakkan pembangunan industri halal di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan. Pertemuan ini sebagai permulaan bagi kerjasama strategik antara JWP dan HDC dalam membangunkan ekonomi halal di Wilayah Persekutuan.