Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


TINJAU PROJEK PEMBANGUNAN KUALA LUMPUR

YBhg. Datuk Ramlee Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) Jabatan Wilayah Persekutuan bersama pegawai-pegawai JWP, DBKL dan PKB meninjau keadaan semasa projek pembangunan di Kuala Lumpur. Lokasi pertama adalah di Projek Pembangunan Semula Pasar Raja Bot, Kampong Bharu. Tinjauan yang dilakukan mendapati Fasa 2 telah siap namun penjaja masih belum berpindah sepenuhnya dari tapak sementara ke dalam pasar. DBKL akan lebih proaktif berbincang dengan penjaja di tapak sementara untuk berpindah masuk termasuk peniaga barang basah.

Pasar ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong melalui perkhidmatan berbasikal yang disediakan oleh MikeBikes.

Lokasi kedua di Projek Dataran Kampung Pindah, Kampung Baru mendapati kemajuan fizikal projek sedikit lewat namun masih dalam kawalan. PKB diminta memantau rapi projek di tapak untuk terus tingkatkan momentum.