Meriah hari ini berhari raya bersama masyarakat Labuan! 😍 YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan menyerahkan bantuan wang tunai sebanyak RM200.00 kepada 500 orang asnaf di Wilayah Persekutuan Labuan termasuk anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal, OKU dan mereka yang kurang berkemampuan di Program Semarak Aidilfitri 2025/1446H hari ini.
Sumbangan kepada penerima selebihnya akan diserahkan secara berperingkat melibatkan keseluruhan penerima 1,000 orang. Sumbangan yang disampaikan dalam Program Semarak Aidilfitri ini merupakan sumbangan wang zakat daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Terima kasih kepada pembayar-pembayar zakat Wilayah Persekutuan 🤝🏼
Turut hadir, YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) JWP, YBrs. Encik Simsudin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan dan YBrs. Encik Sukuran Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan.