Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


BORNEO FLORA FESTIVAL 2025 BAKAL RANCAKKAN SOSIOEKONOMI LABUAN

YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran Borneo Flora Festival 2025 (BFF 2025) di Kompleks Sukan Antarabangsa, Labuan, pagi tadi. Festival ini akan berlangsung pada 26 hingga 30 Julai 2025. Konsep yang diperkenalkan mengambil inspirasi daripada Royal Floria Putrajaya sebagai usaha untuk mengangkat Labuan sebagai permata pelancongan tropika di kepulauan Borneo.

Sebanyak 200,000 bunga dan tumbuhan tropika akan menghiasi lebih 20 taman bertema yang direka secara kreatif dan berwarna-warni. Penganjuran festival ini akan memberi nilai ekonomi yang luas dan membuka ruang kepada peluang perniagaan serta dapat menjana pendapatan melalui penglibatan pelbagai lapisan masyarakat setempat.

BFF 2025 akan membawa harapan baharu untuk Labuan. Ia akan mencetus pertumbuhan ekonomi komuniti dan memperkukuh kedudukan pulau ini sebagai destinasi pelancongan beridentitikan kepelbagaian alam tropika dan budaya Borneo.

Turut hadir, YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah JWP, En. Mohd Sukuran Bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dato' TPr. Fadlun bin Mak Ujud. Presiden Perbadanan Putrajaya dan pegawai-pegawai kanan JWP dan agensi.