Ramadan bulan mulia, memetik ucapan YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), “Ramadan adalah madrasah amal.”
Sumbangan dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berjumlah RM660,000 kepada 3,300 penerima yang terdiri dari asnaf dan fakir di 11 Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ibarat sinar bagi mereka yang bakal menyambut Syawal yang akan menjelang. Syarikat Jasmine dan Saji juga turut menyumbang barang keperluan asas seperti beras kepada para penerima.
Dalam majlis yang sama YB Datuk Seri menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak RM4.8 juta oleh MAIWP kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi menampung kos pengangkutan 4,000 murid asnaf melalui program MySchoolBus@Wilayah.
Terima kasih kepada semua pembayar zakat yang tulus ikhlas menunaikan tanggungjawab. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban dan menyerikan suasana Aidilfitri para penerima.
Turut hadir, YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Naim Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YB Prabakaran, Ahli Parlimen Batu serta pegawai-pegawai kanan JWP dan agensi.
#DrZ #WilayahPersekutuanKita #MalaysiaMADANI