Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MESYUARAT PENYELARASAN KAJIAN PROFIL SUMBER AIR WILAYAH PERSEKUTUAN BIL.1/2025

YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PPE) Jabatan Wilayah Persekutuan mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Kajian Profil Sumber Air Wilayah Persekutuan Bil. 1/2025 di Bilik Mesyuarat Perdana hari ini. 

Mesyuarat ini melibatkan kerjasama erat antara Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan NAHRIM.

Fokus utama adalah membincangkan kemajuan kajian pembangunan profil sumber air di Wilayah Persekutuan yang bermula sejak 22 Julai 2024. Kajian ini berjaya mengenal pasti beberapa sumber air berpotensi yang bakal dimanfaatkan sebagai sumber bekalan air strategik bagi Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan.