YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menyantuni penduduk dari tujuh kampung di Labuan dengan mengagihkan 150 tong tangki air sebagai persediaan menghadapi gangguan bekalan air.
Penyelesaian lebih lestari akan dikaji termasuk sistem tadahan air hujan (rainwater harvesting) dan penyahgaraman air laut (water desalination), bagi menjamin kelangsungan bekalan air yang lebih stabil.