TERUS CEMERLANG WARGA JWP
17 Mac 2025
YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) menyampaikan Anugerah Pekerja Contoh Jabatan (PCJ) 2024 kepada para penerima diiringi YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) JWP.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada para penerima atas dedikasi dalam melunaskan tanggungjawab dengan cemerlang.
Tidak dilupakan juga pemenang kuiz Kahoot! dalam sesi nyanyian lagu Negaraku dan bacaan ikrar Rukun Negara kali ini kerana berjaya merebut hadiah tempat Top 3 yang turut disampaikan oleh YBhg. Datuk Seri.