Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


SINGGAH SAHUR @ WP LABUAN

YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menyantuni dan bersahur bersama anak-anak Tahfiz dari Maahad Tahfiz Madrasah Al Ansar dan ahli kariah Masjid Sirajul Islam Kampung Tanjung Aru dalam Program Singgah Sahur pagi ini.

YB Datuk Seri turut menyerahkan sumbangan kepada 41 orang anak tahfiz dan mudir serta sumbangan RM5,000 kepada Maahad Tahfiz Madrasah Al Ansar. Masjid Sirajul Islam Kampung Tanjung Aru juga menerima sumbangan bernilai RM5000 daripada pihak Jabatan Wilayah Persekutuan.

Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban para penerima dari segi pembelajaran dan keperluan diri.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan, YBrs. Encik Mohd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan serta pegawai-pegawai DBKL, PL dan JWP.