Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


JAMBATAN BUAT KOMUNITI KAMPUNG PATAU-PATAU 1 DIJANGKA SIAP LEBIH AWAL

YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) ke tapak projek menaiktaraf Jambatan di Kampung Patau-Patau 1, Wilayah Persekutuan Labuan bagi meninjau kemajuan kerja serta memastikan segala aspek pembinaan berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Dalam sesi taklimat oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan pembinaan jambatan tersebut dijangka siap sembilan bulan lebih awal daripada dijadualkan, menandakan pencapaian penting dalam usaha kerajaan menambah baik infrastruktur di Labuan.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), YBrs. Encik Mohd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan serta pegawai-pegawai Perbadanan Labuan dan JWP.