Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MEMPERKASA KOMUNITI LABUAN MELALUI PROGRAM USAHA JAYA INSAN (PUJI)

YBhg. Dato Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Program Usaha Jaya Insan Wilayah Persekutuan Labuan (PUJI@WPL) Bilangan 1 Tahun 2025 pada 14 Mac 2025 di Perbadanan Labuan.

Mesyuarat ini menjadi platform bertukar pandangan, berkongsi maklumat dan menyelesaikan isu berbangkit mengenai program-program yang sedang dilaksanakan oleh agensi-agensi di WP Labuan dalam memastikan semua peserta yang terlibat menerima manfaat dengan sewajarnya.

Dalam mesyuarat tersebut, YBhg. Dato’ turut menyempurnakan sesi penyerahan sijil kepada 10 peserta PUJI yang menerima persijilan makanan sediaan di rumah (homebased food) oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan penyerahan sijil pendaftaran koperasi usahawan PUJI WP Labuan (KOSAJA) oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia Labuan.

Turut hadir, pegawai-pegawai pelbagai agensi antaranya KKDW, Jabatan Kesihatan Negeri, Perbadanan Labuan, MAIWP, PERKESO, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, LKIM, MARA dan Lembaga Pertumbuhan Peladang.