Bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan, Karnival Wilayah Persekutuan Kita peringkat Labuan telah dianjurkan dengan sangat meriah dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan.
Dalam pada itu, 100 pelajar sekolah rendah golongan B40 menerima sumbangan wang tunai RM150 yang disumbangkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi Program Ceria Ke Sekolah (Back To School).
Terima kasih kepada semua warga Labuan yang turut menyemarakkan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini, bagusss bah!