YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan mewakili YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menyampaikan bantuan pentadbiran berjumlah RM56,000 pada Majlis Penyampaian Bantuan MADANI kepada 22 Badan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2025.
Dalam ucapan YB Menteri yang dibacakan oleh YBhg. Dato' Indera Ketua Pengarah, telah diperkenalkan Sistem Penarafan Bintang bagi badan-badan sukan di Wilayah Persekutuan. Sistem ini bertujuan memastikan badan sukan lebih tersusun, profesional dan berdaya saing dalam pengurusan.
Penilaian dibuat berdasarkan beberapa aspek utama seperti tata kelola organisasi, kecekapan pengurusan kewangan serta pencapaian badan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.