Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


"𝙍𝙤𝙢𝙚 𝙬𝙖𝙨 𝙣𝙤𝙩 𝙗𝙪𝙞𝙡𝙩 𝙞𝙣 𝙖 𝙙𝙖𝙮"

Begitulah pepatah Inggeris yang dilontarkan YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan sewaktu Majlis Aspirasi YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) pagi ini.
YB Menteri menggariskan 𝘁𝗶𝗴𝗮 𝗹𝗮𝗻𝗱𝗮𝘀𝗮𝗻 𝘀𝘁𝗿𝗮𝘁𝗲𝗴𝗶𝗸 bagi memastikan setiap tindakan dan inisiatif Jabatan Wilayah Persekutuan benar-benar membawa perubahan ketara.
1. Pelaksanaan visi Bandar CHASE yang lebih komprehensif dan terurus.
2. Pelarasan gerak kerja meningkatkan sosio ekonomi rakyat dan penglibatan suara komuniti sosial.
3. Penekanan kepada tata kelola yang berkesan.
YB Menteri mengakhiri amanat beliau dengan menyeru seluruh warga JWP dan agensi di Auditorium Tun Azizan Zainal Abidin dan secara maya untuk sama-sama membangunkan Wilayah Persekutuan dengan lebih maju, inklusif, sejahtera, berdaya huni dan dihormati bukan sekadar dengan kemegahan infrastruktur tetapi dengan keharmonian dan kesejahteraan rakyatnya.
Dalam majlis yang sama, YB Menteri turut melancarkan pelan hala tuju dan logo CHASE City yang menampilkan elemen bunga raya, akronim C.H.A.S.E City dan bangunan ikonik melambangkan tiga Wilayah Persekutuan.
Turut hadir, YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, ketua-ketua agensi, ahli parlimen, agensi-agensi sahabat dan warga kerja JWP dan Agensi.
Tag Artikel
  • Tiada tag artikel