WILAYAH PERSEKUTUAN HARMONI
15 Februari 2025
YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menghadiri program Wilayah Persekutuan Harmoni yang merupakan anjuran bersama di antara Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025.
Sambutan meriah dengan pertunjukan kereta berhias dari pelbagai etnik di Malaysia seperti Melayu, Cina, India, Sabah, Sarawak, Orang
Asli, Jawa, Siam, Baba Nyonya dan Chetti serta jemputan artis-artis yang membawakan persembahan nyanyian dalam pelbagai bahasa yang digunakan oleh pebagai kaum menampilkan keharmonian dalam kepelbagaian yang ada di Malaysia dan Wilayah Persekutuan sebagai saksinya.
YB Menteri menegaskan bahawa ketamadunan sesebuah bandar bukan hanya diukur berdasarkan bangunan-bangunan pencakar langit atau berdirinya infrastruktur yang megah.
Nilai sebenar sebuah kota bertamadun itu terletak masyarakatnya, pada keharmonian kesejahteraan rakyatnya dan juga bagaimana ia menjamin keadilan sosial untuk semua warganya.