LAUTAN BIRU MANUSIA DI LARIAN WP KL 2025
16 Februari 2025
Sambutan yang luar biasa daripada pelbagai lapisan masyarakat terhadap aktiviti sihat Fun Run Larian Hari Wilayah Persekutuan dan KL Half Marathon hari ini telah mencatatkan pencapaian yang mengagumkan.
Pada awalnya, penganjur mensasarkan penyertaan seramai 6,000 peserta, namun hari ini, rekod penyertaan telah mencecah angka 6,847.
Selaras dengan komponen Healthy City atau Bandar Sihat menerusi visi Bandar CHASE, penganjuran program ini diharapkan dapat membentuk komuniti Wilayah Persekutuan yang mengutamakan kesihatan serta mengamalkan gaya hidup cergas dan aktif.