YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan menyempurnakan pelepasan bagi acara Half Marathon 21km dan Fun Run 5km yang telah disertai lebih 3,000 peserta di International Lawn Bowl Arena pagi ini sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025.
Syoknya dapat mengeluarkan peluh di hari minggu, nantikan siapa pemenang bertuah yang terpilih untuk Lucky Draw selepas ini 😍
Turut hadir, Encik Simsudin bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan (PL) dan Encik Fadzilah bin Mahmud, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PL.