YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menyempurnakan Hari Terbuka Putrajaya 2025 yang merupakan salah satu program sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025.
Dalam ucapan, YB Menteri menekankan tentang keperluan untuk menghapuskan silo dan memecahkan tembok birokrasi yang menghalang kecekapan operasi perkhidmatan kepada rakyat.
Di Wilayah Persekutuan, YB Menteri komited untuk meneruskan agenda reformasi ini dengan tekad politik yang kukuh.