YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menyempurnakan flag off program Bersih-KAL dan Kempen Sifar Sisa diiringi YBhg. Dato' Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah JWP diwakili oleh YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) JWP bertempat di Dataran DBKL.
Program Bersih-KAL dan Kempen Sifar Sisa disertai oleh agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan institusi pendidikan dalam usaha memupuk kesedaran dan semangat cintakan kebersihan dan kelestarian bandar Kuala Lumpur dalam kalangan warga kota.
Inisiatif-inisiatif ini sejajar dengan visi Bandar CHASE, di mana salah satu komponennya adalah Clean City atau Bandar Bersih yang selalu ditekankan oleh YB Menteri.
Dalam program yang sama, YB Menteri juga sempat memantau persediaan Kepengerusian ASEAN di sekitar kawasan checkpoint.