Larian Hari Wilayah Persekutuan ni adalah kali pertama kita laksanakan dan kita terima hampir 10,000 penyertaan. Alhamdulillah.
Ini sangat bertepatan dengan visi Bandar CHASE, melalui Healthy City, yang selalu disebut sebelum ini. Program seperti ini bukan sahaja hanya sekadar larian, tetapi juga simbol kesatuan, kecergasan dan semangat kebersamaan komuniti kita.
Tahniah kepada semua finisher dan peserta! Nanti akan ada di Labuan pada 9 Februari dan Kuala Lumpur pada 16 Februari. Untuk KL dah sampai sasaran peserta, tapi di Labuan masih lagi dibuka untuk penyertaan. Orang Labuan boleh daftar ramai-ramai!