YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Hari Terbuka Pertanian Bandar dan Kelulut Putrajaya 2025 (HTPBKP2025) bertempat di Laman Dapur dan Kelulut Putrajaya.
HTPBKP2025 memperkenalkan Laman Dapur dan Laman Kelulut yang terletak di Taman Botani Putrajaya sebagai hab pengembangan pembangunan pertanian bandar dan penternakan kelulut di Putrajaya, khususnya melibatkan komuniti Putrajaya.
Turut hadir, YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), YBhg. Dato' TPr Fadlun bin Mak Ujud, Presiden PPj, YBhg. Dato' Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) JWP dan YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim (PPe) JWP.