Dengan bermunajat kepada Allah SWT, moga-moga dikurniai kesejahteraan dalam membangunkan Wilayah Persekutuan, serta diberi keamanan dan kemuliaan buat rakyatnya. Sekitar Program Zikir Akbar Madani sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Jemaah turut berpeluang mendengar tasiyyah khas istimewa oleh:
💠SS Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah (Mufti Wilayah Persekutuan)
💠YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Fakhruddin Abdul Mukti (Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei)
Turut hadir, YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan. Terima kasih dan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atas penganjuran program ini.