Penggunaan dron bagi membantu menangani isu-isu perbandaran seperti pencerobohan tanah, ancaman haiwan kacau ganggu, pencemaran serta pengurusan bencana telah menjadi tumpuan lawatan delegasi JWP ke DEFTECH Unmanned System Sdn Bhd di Batu Berendam, Melaka yang diketuai oleh YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim bersama pegawai-pegawai DBKL, PPj dan PPTGWP.
Pihak DEFTECH telah memberi taklimat berkenaan pelbagai jenis dron yang dimiliki pihak mereka seperti Aludra MK01, Intisar 400 UAV dan Tactical UAV termasuk Mobile-Ground Control Station (MGCS).
Taklimat yang diberikan telah membolehkan pemahaman lanjut mengenai solusi bandar pintar dalam isu-isu perbandaran melalui teknologi dron terutama yang berkaitan data analytics dan teknologi AI.