Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


1,000 SUKARELAWAN SERTAI WILAYAH PERSEKUTUAN BERSIH SEMUA TEMPAT (BeST)! 😍

YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) diiringi YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan YBhg. Dato' Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur melancarkan Kempen Bersih Semua Tempat (BeST) secara serentak di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan bersekali dengan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 pagi ini.
Pelaksanaan program pada hari ini selari dengan usaha mewujudkan Wilayah Persekutuan sebagai bandar yang bersih dan mampan sekaligus dapat membina imej negara yang positif bagi Kepengerusian ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Sebanyak 72,000 unit bendera Wilayah Persekutuan dari pelbagai saiz diedarkan pada tahun ini melibatkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan bersempena Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan.
Diharapkan kempen sebegini dapat memupuk sifat kebertanggungjawaban semua untuk sentiasa memastikan persekitaran Wilayah Persekutuan kita, bersih! 🫢🏼
Turut hadir, YBhg. Dato' Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) JWP, YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) JWP dan ahli-ahli parlimen Wilayah Persekutuan.