YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama pimpinan tertinggi JWP dan agensi selesai Mesyuarat Hala Tuju Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Agensi bagi Tahun 2025 yang berlangsung selama 2 hari 1 malam di Melaka.
Mesyuarat ini bukan sahaja menjadi platform untuk pimpinan tertinggi JWP dan agensi memperkukuhkan hala tuju serta strategi pembangunan Wilayah Persekutuan, malah mengeratkan silaturahim antara agensi yang terlibat.