YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) Jabatan Wilayah Persekutuan dan YBhg. Dato' TPr Fadlun Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya mengiringi YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (TKSUK JPM) bagi meninjau kemajuan Projek Tempat Letak Kereta Bertingkat di kawasan Apartment Fasa 4B, Presint 8, Putrajaya, yang sedang dilaksanakan oleh Perbadanan Putrajaya.
Hasil tinjauan mendapati projek masih lagi berbaki 14% untuk disiapkan. Pihak PPj dan kontraktor menjangkakan projek fizikal akan siap sepenuhnya pada penghujung bulan 1. Keseluruhan hasil lawatan adalah memuaskan dan pihak TKSUK JPM berpuas hati dengan prestasi semasa kerja di tapak dan berharap projek akan siap mengikut rancangan jadual semasa.
Hadir sama, YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan), JPM.
Kredit Foto : Facebook Jabatan Perdana Menteri