YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bertemu mata dengan wakil masyarakat, persatuan dan organisasi berkaitan warga emas di Wilayah Persekutuan pada pagi ini.
Di Wilayah Persekutuan, seramai 9.18% rakyat dalam usia warga emas, iaitu 60 tahun ke atas. Jadi, sesi temu rapat ini adalah penting untuk mendengar pandangan warga emas ini yang juga signifikan kepada pembangunan Wilayah Persekutuan.
YB Menteri menekankan aspek kajian yang boleh dijalankan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan bagi pelaksanaan ekosistem Silver Economy bagi memanfaatkan potensi dan keperluan golongan warga emas dalam usaha untuk merangsang pertumbuhan ekonomi. Dalam masa yang sama, ada juga ruang untuk Wilayah Persekutuan meneroka inclusive tourism yang menawarkan fasiliti mesra usia dan mesra upaya, khususnya sempena Tahun Melawat Malaysia tahun depan.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ TPr Fadlun Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya serta pegawai-pegawai kanan JWP dan Agensi.
Semoga dengan pertemuan ini, dapat memberikan buah hasil melalui dasar-dasar yang lebih baik untuk memenuhi keperluan warga emas.