YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) hadir menyaksikan perasmian oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bagi Kiosk Sentuhan MADANI yang diilhamkan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara di Alamanda Putrajaya hari ini.
Lebih 90 perkhidmatan ditawarkan di kiosk ini termasuklah KWSP, JPJ, SSM, TNB dan banyak lagi.