Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MESYUARAT LEMBAGA PENASIHAT PERANCANGAN WILAYAH PERSEKUTUAN (LPPWP) BIL. 1/2025

YBhg. Dato' Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan telah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Penasihat Perancangan Wilayah Persekutuan (LPPWP) Bil.1/2025 Berkenaan Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040) dan Laporan Pendengaran dan Pertimbangan Awam (LPPA) Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 hari ini.
Tujuan Mesyuarat Lembaga Penasihat Perancangan Wilayah Persekutuan (LPPWP) Bil.1/2025 pada hari ini adalah untuk mendapatkan pertimbangan dan pengesyoran selaras dengan seksyen 4 Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 [Akta 267] mengenai Draf PTKL2040 serta LPPA yang telah disediakan oleh pihak DBKL. Seterusnya Draf PTKL2040 akan diangkat ke Jabatan Peguam Negara (AGC) setelah dipersetujui YB Menteri bagi penyempurnaan pewartaan.
Turut hadir, YBhg. Datuk TPr Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) JWP, YBhg. Datuk Rizalman bin Dato’ Mokhtar, Setiausaha Politik Menteri Perladangan dan Komoditi, pegawai-pegawai JWP dan DBKL.