YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Pembangunan) Jabatan Wilayah Persekutuan telah mengadakan lawatan ke Innovation LAB & 5G LAB, TM Digital Academy Cyberjaya, Selangor.
Lawatan kerja ini bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam berkenaan fungsi dan peranan TM One dan mempelajari solusi pintar dan teknologi terkini yang digunakan oleh TM One.
Melalui lawatan yang diadakan, diharap agar perkongsian intelek oleh pihak TM One ini dapat membantu memperkemas perancangan pembangunan bandar pintar di Wilayah Persekutuan terutamanya WP Labuan serta menyokong dalam penyelesaian isu dan cabaran perbandaran ke arah mencapai kestabilan 3 tonggak utama iaitu ekonomi yang berdaya saing, alam sekitar yang mampan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.