SIAP SIAGA SEMPENA KEPENGERUSIAN ASEAN 2025
06 Januari 2025
YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) Wilayah Persekutuan, khusus membincangkan persediaan Wilayah Persekutuan sempena Kepengerusian ASEAN pada tahun ini.
Persiapan ini mencerminkan komitmen tinggi Wilayah Persekutuan dalam memastikan setiap acara sepanjang Kepengerusian ASEAN berjalan lancar, selamat dan profesional.
Seluruh warga Wilayah Persekutuan, termasuk NGO dan komuniti, diseru untuk memberikan sokongan penuh dan kerjasama erat bagi memastikan penganjuran Kepengerusian ASEAN 2025 bukan sahaja berjaya, malah menjadi penanda aras baharu dalam penganjuran acara bertaraf antarabangsa.
Turut hadir, YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan YBhg. Dato' TPr Fadlun Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya.